Friday, September 19, 2008

MINDA KELAS PERTAMA PTK DG 44 2008

Ringkasan Eksekutif
Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Menyedari misi nasional yang murni ini , Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka satu pelan untuk merealisasikan hasrat tersebut melalui penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 atau lebih dikenali sebagai PIPP 2006-2010.
Dalam misi nasional Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), teras kedua daripada lima (5) teras utama ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Ke arah itu, guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan semua pelajar mendapat pendidikan terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sebagai seorang guru yang mengajar di SMK Agama Kedah, saya akan berusaha untuk memupuk ciri-ciri modal insan minda kelas pertama di kalangan pelajar saya supaya apabila mereka tamat pengajian nanti, mereka akan menjadi insan minda kelas pertama yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi cemerlang dengan ilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran yang tinggi, sahsiah dan akhlak yang terpuji, menguasai kemahiran teknologi dan ICT, berupaya berkomunikasi dengan berkesan, maka mereka diharap dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama.

1.0 Pengenalan

Pembangunan modal insan minda kelas pertama bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan . Di samping itu pelajar-pelajar ini akan dibekalkan dengan pelbagai kemahiran ,komunikasi berkesan,kebolehan menggunakan ICT dengan baik,berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya di persada dunia.

2.0 DEFINISI MINDA KELAS PERTAMA
Minda kelas pertama didefinisikan sebagai “ individu berpengetahuan,berdaya saing,memiliki budaya berprestasi tinggi,integriti dan mempunyai nilai moral yang utuh.” Menurut YAB Perdana Menteri, minda kelas pertama adalah individu yang mempunyai nilai budaya yang tinggi, integriti dan kekuatan moral, tindakan bermaruah, penguasaan nilai ilmu yang tinggi, bersikap proaktif, berakhlak luhur, tidak mementingkan diri dan memberi sumbangan bermakna.

2.1 CIRI-CIRI MINDA KELAS PERTAMA
• Kesedaran kendiri – mempunyai kesedaran tersendiri bahawa tugas yang dipikul adalah merupakan satu amanah.

• Sifat ingin tahu yang tinggi- mempunyai daya juang untuk mengetahui sesuatu perkara, meneroka dan menambah baikan.

• Fokus terhadap tugas – memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas yang dipikul.

• Inisiatif - bersungguh-sungguh dan berkehendak dalam melakukan kerja.

• Berpengetahuan- mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dan mendalam.
• Berdaya saing-mempunyai kekuataan dan keupayaan untuk bersaing dan merebut peluang
• Budaya berprestasi tinggi-budaya yang mengutamakan prestasi tinggi dan mengejar kecemerlangan.
• Integriti-peribadi utuh dan mulia yang terdapat pada diri individu seperti tanggungjawab,telus,tidak rasuah dan berlapang dada.
• Nilai moral yang utuh-mempunyai nilai murni seperti amanah.jujur,ikhlas dan sabar.
Kesimpulannya, pendidikan dan guru-guru khususnya memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan negara dengan modal insan minda kelas pertama yang memiliki sahsiah terpuji,berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif, kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju wawasan 2020. Cabaran pembinaan modal insan minda kelas pertama juga terletak sebahagian besarnya di kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti generasi muda.

4.0 PERBANDINGAN KERJA MINDA KELAS PERTAMA DAN MINDA KELAS KE TIGA.
FOKUS MINDA KELAS PERTAMA MINDA KELAS KE TIGA
Budaya Kerja Sukarela dan menawarkan diri Kena diarah dan disuruh
Hasil kerja Sentiasa ingin perbaiki Mudah berpuas hati
Niat kerja Sebagai ibadah untuk diri dan masyarakat Untuk dapat gaji dan faedah kewangan
Kuasa Satu amanah, adil dan akauntabiliti Satu peluang untuk mengaut keuntungan
Pelanggan/Pelajar Diutamakan dan dihargai Dianggap menyusahkan dan dibenci
Ilmu Sentiasa belajar dan meningkatkan penguasaan ilmu . Berpuas hati dengan apa yang ada.
Menilai Menghargai dan cari kehebatan Kritik, kutuk dan cari kelemahan.
Kesalahan Mengaku dan minta maaf Menafikan dan minta bukti.

Rajah 1 : kayu ukur terhadap mentaliti kelas pertama atau mentaliti kelas ke tiga

5.0 USAHA-USAHA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK MALAHIRKAN
MODAL INSAN MINDA KELAS PERTAMA

5.1 KESEDARAN TERHADAP TUGAS PENDIDIK.
5.1.1 Sebagai khalifah Allah yang telah menerima amanah dan tanggungjawab, seseorang itu wajib menunaikan amanah dan tanggung jawab mereka terhadap kerjaya yang telah mereka pilih. Bagi seorang guru, mereka harus sedar bahawa memberi pelajaran dan pendidikan kepada anak didik mereka adalah satu tugas yang mulia.

5.1.2 Minat terhadap tugas guru – kita perlu sedar, untuk menjadi seorang guru bukanlah senang, tetapi memerlukan minat dan pengorbanan yang tinggi. Jangan jadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir setelah tidak berjaya menapai bidang-bidang profesional yang lain.

5.1.3 Guru harus sedar yang mereka mesti ikhlas dalam mendidik.Para pendidik tidak seharusnya memikirkan ganjaran, tetapi lebih kepada keinginan dan keikhlasan memberi ilmu dan berkhidmat dengan telus demi mendidik anak bangsa. seterusnya melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

5.1.4 Dalam Islam guru adalah murabbi, muallim, muaddib, ,mudarris atau ulama’. Islam juga memberi penghormatan yang tingi kepada guru. Mereka bukan sahaja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri malah masyarakat mengenai komitmen dan hubungan dengan Allah.

5.1.5 Selagi bergelar guru ,tugas hakiki ialah memberi ilmu kepada anak bangsa dan jangan sesekali lupa tanggungjawab itu. Ramai guru terlibat dengan mengajar kelas tuisyen pada waktu petang dan malam. Ada yang terlibat dengan kegiatan ekonomi dan sosial,bidang perniagaan,contohnya berniaga di pasar malam,kedai makan dan membawa teksi.
5.1.6 Guru seharusnya sedar bahawa mereka adalah role model
Kesimpulanya para guru harus sedar betapa suci dan mulianya tugas sebagai seorang pendidik yang telah diamanahkan ke atas mereka.Tanpa kesedaran,minat dan tanggungjawab, keikhlasan dalam bekerja, pengorbanan yang tinggi dan kesedaran terhadap tugas hakiki mereka, tidak mungkin mereka dapat merealisasikan hasrat dan misi nasional untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang telah digariskan sebagai teras kedua dalam PIPP.

5.2 MEMPERKASA SAHSIAH PELAJAR

5.2.1 Penyelesaian Secara Akar-masalah (Root-cause)
Kebanyakan guru di sekolah memberi lebih fokus kepada gejala daripada sesuatu proses. Contoh : Pelanggaran disiplin dikalangan pelajar. Penyelesaiannya ialah, pihak sekolah mengenakan denda dan hukuman.
Kajian menunjukkan bahawa perbuatan merosakan harta benda sekolah seperti menconteng dinding kelas ,tandas dan sebagainya dikatakan sebagai tindakbalas pelajar terhadap kekerasan pihak sekolah atau guru. Keadaan ini jika dibiarkan akan bertambah meruncing dan tingkah laku mereka akan menjadi-jadi, oleh itu saya selaku guru minda kelas pertama perlu mengambil inisiatif dan langkah positif bagi memperbetul atau mencari punca dan mengenal pasti masalah terlebih dulu sebelum mendenda atau menghukum pelajar.
Impaknya, dengan cara begini tingkah laku pelajar boleh dibendung kerana mereka berasa lebih disayangi, diadili, didampingi tidak dizalimi, dan seterusnya menjana pelajar yang menghargai dan menghormati orang lain, memiliki jati diri yang tinggi dan holistik, merebut peluang untuk menunjukan keterampilan diri, berbudi bahasa, beradab, tahu bersyukur. Dengan ini ciri-ciri masyakakat minda kelas pertama dapat diterap dalam diri para pelajar.

5.2.2 Meningkatkan Kecerdasan Emosi.

Kecerdasan emosi merupakan koordinasi isihati/perasaan menjadi punca kepada hubungan sosial yang baik. membina kecerdasan emosi di kalangan pelajar di sekolah boleh dibentuk secara membekalkan mereka dengan kemahiran personal dalam aspek kesedaran diri, pengendalian diri dan empeti,kebolehan mendengar,menyelesaikan konflik dan sifat kerjasama dan kemahiran sosial. Justeru, dengan sikap ingin tahu, fokus terhadap kerja dan inisiatif, saya telah mencuba beberapa strategi yang sesuai bagi membantu mengurus kepintaran emosi pelajar saya antaranya ialah :
1. Pelajar digalakan terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum.Ini adalah kerana aktiviti ko- kurikulum adalah wadah yang sesuai untuk membina keyakinan diri dan membina bakat kepimpinan dengan memberi peluang pelajar memegang jawatan sebagai ketua badan beruniform atau ketua rumah sukan.
2. Mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong membersih kawasan perkuburan atau kawasan rekreasi atau kawasan perumahan awam. Aktiviti ini juga boleh diadakan di bilik darjah sendiri. Misalnya saya meminta pelajar saya membuat kad-kad ucapan hari lahir sesama pelajar ,kad untuk ibu,atau membuat .
3. Memilih pelajar mithali pada setiap bulan berdasarkan budi pekerti,penglibatan dalam ko-kurikulum ,kepimpinan dan keterampilan.Pemilihan tokoh mithali ini diharap menjadi role model kepada pelajar lain kerana pelajar yang terpilih ini biasanya mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

5.2.3 Memotivasikan pelajar.

Beberapa cara yang saya lakukan untuk memberi motivasi kepada pelajar saya ialah :
• Mengenal pasti tahap kecerdasan pelajar,supaya saya dapat menyediakan teknik, kaedah atau kurikulum yang bersesuaian dengan mereka
• Melaksanakan program motivasi pelajar secara tidak langsung.Saya akan memanggil pelajar saya yang melakukan kesalahan dan menasihati mereka dengan baik serta mendorong mereka kepada budaya hidup yang lebih positif.
• Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengan keperluan dan minat pelajar dengan itu pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.
• Menerapkan kemahiran bertanya kepada para pelajar
• Memberi penghargaan bukan saja kepada pelajar yang berjaya dalampeperiksaan tetapi juga berjaya dari segi peningkatan.

5.2.4 Pembudayaan nilai-nilai positif

Pembudayaan nilai-nilai positif perlu di pupuk di kalangan pelajar. Budaya positif seperti budaya ilmu, budaya membaca, budaya penyayang, budaya berterima kasih, budaya pengiktirafan, budaya disiplin sifar, budaya tiada tong sampah, budaya tanpa loceng, semua ini boleh diserap dan digarap oleh guru kedalam P&P melalui nilai murni merentas kurikulum pada setiap mata pelajaran. Pelajar dengan sendirinya terbiasa dengan budaya positif yang ada dan seterusnya boleh menjana identiti diri yang disegani, berdisiplin, berhemah tinggi, beradab sopan, berketerampilan dan memenuhi ciri-ciri masyarakat minda kelas pertama.
Kesimpulannya dalam usaha saya membentuk sahsiah pelajar untuk melahir modal insan minda kelas pertama sebagaimana yang termaktub di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,saya perlu bijak menangani masalah pelajar, Membina kecerdasan emosi pelajar dengan dedikasi seperti menggalakan mereka menceburi kegiatan ko-kurikulum , memotivasikan pelajar dengan cara berhikmah, menggalakan mereka dengan budaya-budaya positif, memberi pujian dan pengiktirafan seterusnya melahirkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain,sikap bekerjasama, tolak ansur, bertanggung jawab, semangat kepimpinan yang tinggi dan usaha memupuk minda kelas pertama dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan.

5.3 MENINGKATKAN PENGUASAAN BIDANG ILMU DAN KEMAHIRAN.

5.3.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
Guru mesti memiliki kemahiran yang tinggi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang baik.
Bagi tujuan itu saya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan,ilmu pedagogi dan kemahiran demi meningkatkan prestasi saya Idea-Idea baru mestilah diserap,diterokai dan digarap ketika berada di dalam kelas untuk menarik minat pelajar kearah pembelajaran yang lebih bermakna.

Pembelajaran yang lebih bermakna adalah sangat penting. untuk itu saya telah memilih beberapa cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah terbukti keberkesanannya seperti kaedah penggunaan ICT, pembelajaran akses kendiri,pembelajaran koperatif dan kolaboratif,simulasi dan kaedah membuat projek untuk dikongsi dengan rakan –rakan yang lain.

5.3.2 Pemantapan Kurikulum.
Mantap bermaksud teguh dan stabil. Kurikulum ialah satu program pendidikan yang berasaskan sukatan pelajaran yang telah diluluskan.Pemantapan kurikulum bermaksud usaha menstabilkan program pendidikan yang berasaskan sukatan matapelajaran yang telah diluluskan.Untuk tujuan itu,saya akan menyediakan sukatan matapelajaran bersaskan kurukulum Kebangsaan dan pekeliling yang berkaitan. Saya akan merancang dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan P&P seperti penyediaan isi kandungan mata pelajaran,penyediaan BBM, pentaksiran pencapaian murid, penetapan tugasan dan penyemakan kerja bertulis atau tugasan murid.
Sebagai seorang guru yang mempunyai ciri modal insan minda kelas pertama seperti kesedaran kendiri yang tinggi, sifat ingin tahu, fokus terhadap tugas dan inisiatif, saya perlu menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid di samping penyerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum demi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang mampu menghadapi cabaran dan berdaya saing.

5.3.3 Menguasai Bahasa Inggeris.
Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik saya akan lebih mudah meneroka ilmu melalui internet dan secara tidak langsung pelajar akan berasa kagum dengan kemahiran komunikasi pelbagai bahasa yang dapat saya aplikasikan dalam P&P. Dengan ini saya dapat memperlihatkan diri saya sebagai role model kepada pelajar saya agar mereka juga bersaing memajukan diri menguasai pelbagai bahasa seterusnya malahirkan modal insan minda kelas pertama yang mampu ke depan manghadapi dunia globalisasi langit tanpa sempadan.

5.4 MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN APLIKASI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM P&P.

• Menurut OECD 1996,ICT adalah fasilitator kepada pengwujudan masyarakat berilmu dan bermotivasi.ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan,P&P serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT oleh guru dan pelajar dalam proses P&P boleh :
• Meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pembelajaran.
• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperoleh.
• Membolehkan pelajar cuba menggunakan ICT untuk mendapat maklumat dengan pantas dan terkini.
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
• Mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan pembelajaran kendiri ( individualise learning )
Kesimpulannya,penggunaan ICT dalam bilik darjah terutama bagi mata pelajaran yang saya ajar iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam banyak dapat membantu dan menarik minat pelajar untuk terus belajar tanpa rasa jemu dan bosan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam diikalangan anak didik saya. Pelajar –pelajar akan merasa seronok untuk belajar, tidak jemu,tidak malas,tidak mengantuk, pembelajaran menjadi lebih bermakna dan seterusnya sikap cintai ilmu dapat dipupuk di kalangan pelajar.

5.5 MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
Kaedah komunikasi berkesan adalah sangat penting bagi seorang guru,terutama ketika menjalankan proses P&P di dalam atau di luar bilik darjah. Kaedah komunikasi berkesan secara ‘inter ‘atau ‘intra’ personal sangat penting dan sebagai seorang guru yang memiliki kriteria modal insan minda kelas pertama,corak komunikasi yang perlu dipraktikan perlulah secara berhemah dan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk membina perhubungan yang baik dan mesra serta dapat pula memberi keyakinan pada anak didiknya.
Antara program yang saya lakukan untuk meningkatkan kecemerlangan komunikasi dikalangan pelajar saya ialah pertandingan pidato, sudut info yang dikendalikan oleh pelajar untuk menyebar maklumat, melatih dan membimbing pelajar bercakap dalam perhimpunan, melatih dan membimbing pelajar mengendalikan perhimpunan mingguan dan memberi peluang mengendalikan majlis tidak rasmi.
Kesimpulannya , aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan di atas dapat meningkatkan kecemerlangan komunikasi di kalangan pelajar saya dan aktiviti sebegini juga mampu memupuk nilai-nilai murni seperti berani kehadapan, berketerampilan, tenang dan berlapang dada menghadapi saat-saat yang genting dan kesemua ciri-ciri minda kelas pertama ini dapat dipupuk dengan jayanya.

5.6 MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN POTENSI

( Bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum berkaitan mata pelajaran )
Sebagai ketua panitia Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah, saya akan mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran PQS. Saya akan mencari kelemahan dan meningkatkan kekuatan pelajar melalui TOV,OTI ,ETR dan analisis SWOT bagi mata pelajaran PQS. Selain itu saya juga menyediakan rancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi bagi melicinkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga turut menjalankan program Klinik PQS,dan teknik menjawab bagi memberi bimbingan kepada pelajar yang lemah samada secara individu atau pun secara kelompok, saya juga merancang program-program pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan untuk pelajar yang lemah, sederhana dan cemerlang.
Kesimpulannya, dengan aktiviti dan program yang telah saya dilakukan diatas, saya yakin bahawa pembelajaran bermakna dapat dipupuk,pelajar-pelajar akan berasa seronok dengan suasana pembelajaran yang kondusif dengan sikap inisiatif yang ada pada saya akan dapat memupuk sifat cintai ilmu, sifat ingin tahu.tidak pentingkan diri,berakhlak luhur dan kesemua ciri-ciri minda kelas pertama dapat diserap dengan berkesan.
Dalam aktiviti ko-kurikulum,saya memegang jawatan sebagai guru penasihat Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Saya membimbing pelajar saya mengadakan mesyuarat agong membuat perancangan persatuan, melantik AJK tertinggi dan memberi bimbingan kepimpinan kepada pelajar dengan mengadakan program perkhemahan dan sebagainya.
Begitu juga dalam unit Bina Insan , saya memastikan program-program kerohanian berjalan lancar seperti usrah, tazkirah ,ceramah /kuliah agama , program hari-hari kebesaran Islam dan program Ihya’ Ramadhan dengan harapan dari program sebegini dapat mencungkil bakat kepimpinan, keterampilan, potensi, sikap cintakan agama dan nilai murni yang ada.
Kesimpulannya ,keterlibatan pelajar dalam program-program ko-kurikulum seperti di atas bakal melonjakkan potensi kepimpinan dan melahirkan insan seimbang dari segi jasmani ,emosi,rohani dan intelek , seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi,kualiti kepimpinan , jati diri , daya tahan serta mencungkil bakat dan menanam minat terhadap aktiviti luar yang mencabar dan berdaya saing.

5.7 KEBAJIKAN DAN KEHARMONIAN PERHUBUNGAN

Saya selaku guru unit kebajikan sering memikirkan tentang kebajikan pelajar-pelajar saya dan menjaga hubungan baik dengan mereka.seperti mengurus pelajar sakit ke klinik,menyediakan tabung pinjaman sementara, mengenal pasti anak-anak yatim dan pelajar miskin untuk diberi bantuan,mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah kesihatan,melancarkan tabung derma kilat untuk mereka yang dilanda musibah.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, fokus terhadap kerjanya serta inisiatif , saya amat perihatin terhadap kebajikan pelajar saya. Saya mengambil berat tentang latar belakang dan sosio ekonomi pelajar saya , tahap kesihatan dan keselamatan mereka. Usaha yang saya lakukan ini boleh melahirkan modal insan minda kelas pertama yang penyayang, integriti, tahu bersyukur, menghargai, menghayati nilai-nilai murni, sayangi agama, diri, keluarga dan masyarakat.

5.8 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pemantapan sistem pentaksiran dan penilaian perlu dibuat lebih holistik dan disediakan pentaksiran alternatif. Bagi melahirkan pelajar dengan minda kelas pertama , sistem pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan sudah tidak sesuai lagi. Di sekolah saya misalnya iaitu sekolah menengah kebangsaan agama kedah, pelajar-pelajar disediakan dengan buku ADAB yang menyediakan laporan prestasi akademik dan peningkatan sahsiah yang dinilai oleh guru, rakan sebaya dan waris Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam misalnya terdapat Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang mana pelajar bukan saja diuji dari segi kognitif tetapi juga dari segi psikomotor dan efektif seperti amali solat , tilawah Al Quran, hafazan ,Qiraat dan sebagainya.
Kesimpulannya, dengan system pentaksiran yang berterusan dapat melahirkan pelajar yang celik Al-Quran dan cintakan agama seterusnya menghayati nilai-nilai murni yang telah digariskan dalam falsafah pendidikan negara.

5.9 SISTEM PEMANTAUAN YANG BERTERUSAN

Guru haruslah mempunyai inisiatif untuk melakukan pemantauan yang berterusan ke atas setiap kerja yang diberikan kepada pelajar. Perkara-perkara yang perlu dipantau ialah seperti kerja rumah , buku nota, buku latihan, kelas bimbingan petang perkhemaham akademik semasa cuti sekolah, ceramah teknik menjawab, kursus motivasi, kursus kepimpinan pengawas dan sebagainya.
Kesimpulannya, dengan pemantauan berterusan, saya dapat memastikan pelajar-pelajar saya menyiapkan tugasan yang diberi mengikut prosedur serta garis panduan yang ditetapkan . Oleh itu pelajar lebih bertanggung jawab terhadap tugas, amanah , pro-aktif, berketerampilan, serius dan telus , dan seterusnya ciri-ciri minda kelas pertama dapat diterap kadalam jiwa dan minda mereka.


6.0 PENUTUP
Kerja kelas pertama dihasilkan oleh mereka yang mempunyai minda kelas pertama. Minda kelas pertama merupakan salah satu daripada lima teras utama dalam misi nasional iaitu untuk meningkatkan keupayaan, pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara. Kejayaan masa depan negara amat bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki yang bukan saja tinggi dari segi intelek tetapi juga keperibadian dan akhlah yang luhur.



RUJUKAN

Monday, August 11, 2008

PANITIA PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH
05350 ALOR STAR
TEL : 04-7314345 / FAX 04-7353459







SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH
05350 ALOR STAR
TEL : 04-7314345 / FAX 04-7353459



1. PENGENALAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam.Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan dengan pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan amalan seharian.Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan bidang pengajian al-Quran, Ulum al-Quran,Pengajian Hadis,Ulum al-Hadis,Akhlak dan Tamaddun.Penyusunan ini berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu Islam. Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada pelajaran elektif pengajian Islam.

VISI

Bersama menggabungkan tenaga bagi memahami mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah supaya pelajar dapat menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada di peringkat PMR yang lalu melalui pembelajaran mata pelajaran ini .

MISI

Setiap usaha yang dicurahkan ke arah kefahaman dan penghayatan serta amalan seharian bagi melahirkan pelaja cerdik pandai Islam yang mahir dan menguasai dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi ukhrawi.

MATLAMAT

Memantapkan penguasaan ilmu pengetahuan melalui pembelajaran al Quran dan al Hadis bagi memahami sumber-sumber hukum Islam di samping membantu penguasaan pelajar dalm pembelajaran mata pelajaran.Di samping menanam minat pelajar bagi menambah ilmu dan diterapkan dalam kehidupan seharian samada di sekolah atau dalam masyarakat selepas tamat pengajian mereka.

OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang bertaqwa.
2. Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan
seharian berpandukan al Quran dan al Sunnah
3. Memupuk semangat pelajar yang sentiasa berusaha untuk memahami dan menguasai
berbagai bidang ilmu pengetahuan samada duniawi dan ukhtawi.
4. Membina keseimbangan pelajar yang dapat menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan
yang dipelajari.

RASIONAL

1. Menydari kurangnya golongan cerdik pandai Islam yang dapat menguasai kedua-dua
bidang ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.
2. Memberi keberkesanan yang lebih baik kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3. Mendedahkan pelajar kepada perkembangan hukum hakam Islam yang bersumberkan al
Quran dan al Hadis.
4. Membantu sekolah untuk mempertingkatkan kecermelangan akademik pelajar dalam
peperiksaan SPM.
5. Menggabungkan tenaga semua pihak untuk mempertingkatkan prestasi kecermelangan
akademik pelajar.

2. HUBUNGKAIT PENDIDIKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH DALAM
PRINSIP-PRINSIP KBSM.

1. Kesinambungan Pendidikan Rendah dan Pendidikan Menengah.

Pada peringkat rendah penekanan diberikan kepada kemahiran-kemahiran asas
membaca,menulis dan mengira.Seterusnya kemahiran tersebut dikembangkan dan
diperkukuhkan pada peringkat menengah.

2. Pendidikan Umum Untuk Semua Pelajar.

Murid-murid pada peringkat menengah rendah dan menengah atas disediakan
program pendidikan yang sama untuk memberi mereka peluang yang lebih luas
bagi mendapat ilmu pengetahuan yang me nyeluruh dan seimbang. Mata
pelajaran teras wajib diambil oleh semua pelajarbagi menjamin hasrat ini tercapai.

nilai utama dalam etika kerja

Islam adalah agama yang menganjurkan nilai-nilai murni yang wajib dihayati dan dibudayakan dalam kehidupan.umat islam hari ini dilihat sebagai sutu bangsa yang amat gemar membuat kekacauan dan